Monday, October 8, 2012

Lipas durjana

Lipas! Makkk!!! Tolong..Tolong!! adalah jeritan yang biasa kita dengar bila ada situasi berkaitan ngan serangga perosak ni. Majoriti orang tak suka dan geli dengan lipas, especially perempuan. Lelaki pon ade jugak tapi xde la ramai sangat (aku x takut pon, boleh pegang2 lagi buat main :p). Lipas ni suka dengan tempat2 yang lembab. Kat situ la die akan beranak pinak buat satu perkampungan aman antara diorang. Lipas ni juga memang terkenal sebagai 'most commonly noted household pest insects'.

Lipas yang da terkorban atas meja aku kat opis

Aku maybe x geli dengan lipas tapi aku sangat tak suka dengan serangga pengotor ni. Especially bile si Loki; kucing aku, buat main sampai bawak masuk dalam bilik. Memang secara segera aku akan amik penyapu untuk menghalang lipas ni menceroboh territory aku. Tapi seronok pulak tengok Loki main ngan lipas tu, melompat2 x ingat dunia.

Ni la Loki aku

Budak rumah aku sorang ni pon geli jgak dengan lipas. Agak lawak jugaklah kalo dapat simpan seko bagi die terkejut. Ngeh3x. Owh lipas ni walaupun die dianggap serangga pengotor, ade fakta mengatakan yang lipas telah digunakan untuk tujuan perubatan. Lipas ni akan direbus dan diminum seperti tea! Yuck!

Ok, untuk info lebih lanjut, sila ke Lipas Durjana

p/s: teringat dengan OGGY AND THE COCKROACHESlipas 3 sekawan yang suka sgt mengacau kucing 2 eko kat umah tu. lawak kot
Read More

GSC Alamanda yang berpuaka

Hari Jumaat yang lepas aku ikut kawan ke Alamanda Putrajaya. Dalam masa yang sama katanye nak tengok movie sekali."Jomlah, xde masalah.", kata aku. Diorang ajak tengok Universal Soldier. So, aku buat la research sikit pasal movie ni. Apa yang aku baca, cerita ni mengenai manusia yang diklon dan ditugaskan untuk menjadi pembunuh upahan and then rebel sebab confusion. Kalau nak cerita pasal plot pulak, aku mmg tak faham sebab tersangatlah bersepah. Syok sendiri je pengarah dia. Haha..

Picture by Google

Owh, betul ke GSC Alamanda ni berpuaka. Yup, memang sangat berpuaka apabila tengah dok melayan aksi darah memancut sana sini, tiba-tiba ada bunyi kentut puaka dari orang sebelah aku. Hahaha.. Bau xde la sangat, tapi disebabkan perilaku tak berapa nak senonoh mamat ni, secara tak langsung nya aku tergelak tak berhenti masa orang lain tengah kusyuk tengok movie. Bro, sori la ye, sebab memang tak boleh nak dikawal da nafsu gelak aku.

So, lepas habis je movie, mamat sebelah ni jadi orang pertama keluar dari wayang tu. Kesimpulannya kat sini, kentut lah dulu sebelum masuk wayang dan jangan buat wayang tu berpuaka. Ciao!


Read More

selamat datang

Hai.. Selamat datang ke ob•scu•ri•ty blog :) Silalah buat mcm rumah sendiri. Bye

Read More